MR. D.I.Y. BLOG

www.mrdiy2u.wordpress.com

10 FAKTA MENGENAI MR.D.I.Y.


1. Kedai pertama yang dibuka adalah pada tahun 2005. Ianya terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala lumpur. Jika dilihat pada masa itu ianya merupakan kedai perkakasan barangan rumah yang biasa, seperti mana di tempat lain. Pada hari ini, kedai MR.D.I.Y. menawarkan suasana membeli-belah yang lebih menarik dan moden, di mana semua barangan keperluan rumah boleh pelanggan  dapati dengan mudah di bawah satu bumbung.

MAP_BLOG

2. MR D.I.Y. juga merupakan peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia! Ya memang betul dan anda perlu percaya. Kini terdapat lebih daripada 300 buah cawangan di seluruh Negara dan rata-rata menjadi lokasi utama bagi pelanggan untuk membeli-belah.

3

3. Kami memberi jaminan, bahawa harga yang ditawarkan di kedai MR.D.I.Y adalah yang terendah berbanding kedai perkakasan rumah yang lain di Malaysia. Slogan “Always Low Prices” adalah janji MR.D.I.Y kepada para pelanggan dari dulu sehingga sekarang, yang mana lebih banyak barangan dengan pelbagai pilihan berserta harga berpatutan yang diberikan kepada pelanggan sepanjang masa.

9 DEPT_BLOG-01

4. MR D.I.Y. mempunyai rangkaian barangan yang pelbagai dan menarik untuk pelanggan pilih dan membeli. Barangan yang ditawarkan ini meliputi pelbagai jenis peralatan perkakasan rumah seperti alat pertukangan, barangan elektrik, alatan tulis, barangan sukan, aksesori kereta, kosmetik dan barangan perhiasan serta barangan permainan & hadiah. Ini tentu sahaja boleh buat anda semua rambang mata jika berada lama di kedai MR.D.I.Y.

4

5. Purata keluasan untuk setiap kedai MR.D.I.Y adalah 10,000 kaki persegi yang mana, ini memberi satu pengalaman dan kepuasan maximum kepada setiap pelanggan yang masuk ketika membeli-belah. Yang pasti, anda akan menyukai suasananya setiap kali anda melangkah masuk ke dalam kedai MR.D.I.Y. bagi mencari sesuatu yang anda hajati.

6

6. Seiring perkembangan MR.D.I.Y yang semakin maju di Malaysia. Yang mana, kini MR.D.I.Y. mempunyai lebih 110 juta orang pelanggan yang menjadi pelanggan setia mengunjungi kedai MR.D.I.Y setiap tahun. Anda boleh mencari MR.D.I.Y. di tempat-tempat yang terpilih, seperti  di pusat membeli-belah atau Jika anda sekarang sedang mencari tetapi tidak tahu dimana kedai MR.D.I.Y. berhampiran dengan anda?

Sila tekan di sini untuk keterangan dengan lebih lanjut: Sila tekan di sini

7

7. MR D.I.Y. kini semakin berkembang dari masa ke semasa dan bermula tahun 2016 sehingga kini MR.D.I.Y telah mengambil langkah positif dengan mengorak langkah kehadapan dalam bidang peruncitan dengan pembukaan kedai di peringkat antarabangsa khususnya di Negara asean. Lebih daripada 48 buah kedai MR.D.I.Y. telah beroperasi pada masa kini dengan jayanya di luar negara. Ini termasuklah pembukaan 45 buah cawangan di Thailand semenjak 2016 lagi. Selain itu juga, pembukaan 3 buah cawangan baharu di Brunei membuatkan MR.D.I.Y semakin dikenali. Terbaharu yang akan datang adalah di Negara Indonesia, dijangka MR.D.I.Y akan membuka kedainya yang pertama pada tahun ini.

8

8. Setiap bulan MR.D.I.Y. akan menjalankan promosi jualan yang baharu dan menarik dengan pelbagai jenis barangan yang ditawarkan pada kadar harga yang sangat berpatutan. Kedai MR.D.I.Y sesuai untuk semua peringkat golongan di Malaysia kerana harga yang ditawarkan adalah yang terhebat. Anda sudah pasti dapat mencari sesuatu yang menarik untuk anda sekeluarga mesti dapatkan dan dibawa pulang.

Sila  klik disini untuk melihat promosi terbaharu yang sedang dijalankan kedai MR.D.I.Y. diseluruh Malaysia: Sila tekan di sini

9

9. MR D.I.Y. juga telah dianugerahkan dengan anugerah “Kedai Harga Patut” oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada tahun 2016. Ini merupakan pencapaian yang sangat luar biasa. Kami sangat berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana memilih kami sebagai contoh atau ikon yang terbaik dalam memberi khidmat jualan kepada pelanggan.

10-1

His Majesty Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar

10-2

Tun Dr Mahathir

10. Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Tun Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia ke-empat. Gambar ini diambil ketika lawatan mereka ke MR.D.I.Y. dan anda sendiri boleh lihat betapa terujanya kakitangan kami takkala bergambar dengan mereka berdua ketika itu.

 

Jika berasa kalampangan waktu, jom kita beramai-ramai ke kedai MR.D.I.Y bagi merasa sendiri keseronokan takkala membeli-belah di kedai MRD.I.Y. Apa lagi jom lah kita pergi sekarang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 8, 2017 by in MRDIY.

The Making..

小富從儉一頭家 (The art of getting riches consists very much of thrift)

MR. D.I.Y. – Destinasi beli-belah sekeluarga anda

MR. D.I.Y.- Tabung Buluh Ayah

MR. D.I.Y.- Kisah yang mengharukan – Tabung buluh ayah

Categories

%d bloggers like this: